Saturday, December 27, 2008

2009 datang dengan penuh cabaran

Semalam Ita ke CCK Polyklinik. Sudah beberapa hari tidak sihat. Asyik terasa lemah. Produk Reliv tetap Ita teruskan. PowerWalk pun begitu.

Dibenak Ita risau...sudah 3 bulan haidth tidak jelang. Memang putaran haidth Ita tidak menentu dari anak dara lagi. Cuma kali ini...terasa bimbang. Suami sarankan Ita jumpa doktor. Ita digalakkan membuat health screening oleh doktor.

Darah diambil, ujian air kencing diambil juga untuk memastikan Ita tidak mengandung.

Screening for High Blood Cholesterol (Dyslipidemia)
Result: 4.68 (Good)
Ita mesti maintain below 5.20

Screening for Hypertension
Result: 120/80 (Normal)
Normal limits is 130/80

Screening for Blood Glucose Level
Results: 6.2 (not fasting)
This is less than 7.8 which is not suggestive of diabetes. Ukuran kalau belum makan harus lebih rendah. Ita pula dah makan jadi ukuran ini tak menunjukkan ada diabetes. Untuk lebih pasti, Ita disuruh datang minggu depan dan berpuasa sebelum ambil darah. Insyallah akan Ita lakukan.

Doktor puji berat badan sudah banyak turun dari rekod dahulu. Alhamdulillah.

Ada satu perkara lagi... mengenai putaran haidth Ita yang tak regular. Doktor suspek ada besar kemungkinan masalah ovaries..they call it Ovarian disease. Ita harus ke NUH pada 7hb Jan untuk membuat pemeriksaan lanjut. Hati berdebar2 mendengar ulasan doktor itu. Apatah lagi, Ita sering rasa sakit dikawasan rahim. Setelah selesai jumpa doktor, Ita terkedu duduk diam ditangga...menangis sendiri. Ita tak mahu bilang mak atau Shahid..tak mahu mereka risau.

Ita harus berfikiran positif. Ita tempuh 2009 dengan penuh tanda tanya mengenai kesihatan Ita. Allah memberi kita ujian kerana Dia tahu kita boleh mengharunginya. Insyallah...berkat doa kawan sekalian... Ita akan pulih...

No comments: