Sunday, September 28, 2008

Hukum Allah

Maaf Suria, Ita dah beberapa hari tidak update apa2.... bukan sibuk menjelang raya.. tetapi fikiran, emosi terlalu terganggu.

Mungkin sudah menjadi lumrah manusia.... yang desperate akan lupa hukum Allah...yang haram dijadikan halal dengan berbagai alasan diberi untuk menjelaskannya.

JIka ini hukum sivil kita boleh melepaskan diri didunia.... tapi ini hukum Allah...sudah jelas tertulis cukup dengan nisbah dan kiraannya.... namun manusia menjadi kabur bila wang datang bergolek. Jika itu wang kita...tidak mengapa... ini wang hak orang lain. termakankah kita? Apa yang dimakan akan menjadi darah yang mengalir didalam tubuh kita dan tidak akan ada berkatnya. Jangan pula kita lupa, balasan dari yang maha Esa....Subhanallah. Dengar sahaja dah mengerikan apalagi jika kita mengharunginya.

Akhir-akhir bulan Ramadhan ini.....buat Ita....terlalu banyak dugaannya. Ia ke tahap menyedihkan sehingga mak Ita dua hari lepas tidak mahu berhari raya dan segala persiapan kuih Ita untuknya semua ditolak. Dia tidak izinkan Ita datang kerumahnya dengan alasan dia nak menyendiri dan jika cucunya tanya... nenek ke Johor sahaja alasan yang harus Ita berikan. Kesian Mak Ita...dia tidak sanggup melihat keadaan begini.

Sebagai kakak, sudah menjadi tanggunjawab untuk memberitahu jika mereka tidak tahu kerana ini melibatkan harta orang yang sudah meninggal dunia. Hukum Faraidh adalah jelas. Sayang tidak semua setuju untuk melaksanakannya. Saranan Ita dan penjelasan tidak mahu dilayan. Ita ni memandai-mandai kata mereka. Dihina, dicela, di nista hanya kerana ingin melaksanakan Faraidh. Ita sudah beritahu, terlepaslah Ita dari diheret diakhirat nanti. Terpulanglah kepada mereka yang tidak mahu mematuhi perintah Allah. Ita tak dapat memaksa kerana wang sudah ditangan mereka. Mata menjadi kabur.

Nasihat Ita pada semua, jangan buat nomination pada wang CPF kerana ia akan menimbulkan masalah kerana bila nama kita dinominasikan sebagai penerima wang itu, ia hanyalah sebagai pengamanah sahaja dari segi agama, bukan hak mutlak kita (penjelasan dari MUIS) Kita harus satukan kembali wang itu (leceh jika ahli keluarga tak mahu buat demikian) masalah timbul kerananya.

Bila tiada nominasi.....ini penjelasan MUIS...

Wang arwah akan disalurkan ke Public Trustee dimana badan itu akan behubungan dengan Mahkamah Syariah dan MUIS....Hukum Faraidh dilaksanakan dahulu..seperti zakat harta si mati, fidyah hutang puasa si mati, hutang si mati kepada individu akan dilangsaikan dahulu....bakinya baru di bahagikan kepada waris yang berhak.

Inilah yang sepatutnya berlaku.....walau lambat tetapi berkesan demi mengelakkan mana2 pihak bercekau. Ini adallah luahan hati Ita yang remuk dan pilu. Sayang seribu kali sayang the relation will never be the same after this. My hubby accidentally saw the cruel sms Ita terima dari Shahid, lalu dia ke rumah Mak semalam demi menjernihkan keadaan dan bersemuka dengan Shahid untuk meminta penjelasan. Shahid diam terpaku tidak berani nak menjawab soalan suami Ita. Akhirnya mak Ita membenarkan Ita mengunjungi pada raya kelak setelah memahami duduk perkara. Namun Shahid dan yg lain masih ungkal. Terserahlah...semua sudah dewasa. Jawablah sendiri pada Allah nanti.

Ambil lah iktibar dari apa yang Ita alami.My conscience is clear, I have done the right thing. Subhanallah... Allahuakbar.

Thursday, September 25, 2008

Menu Berbuka 25th Ramadhan




Menu Item 1 (Ita n Hubby)

Anggun Salad











Menu Item 2 (Family)

Ayam Masak Lemak Buah Keras Pekat dengan Tauhu

Ita gunakan Trim Coconut Ayam Brand (saranan Rohana...Thanx Sis.)







Menu Item 3 (Family)

Stir Fried Bean Sprouts & Bak Choy with carrots & Beef slices











Menu Item 4 (Ita n Hubby)

Dhall with Curry Leaves & Cherry Tomatoes

Ita makan ini bersama 2 keping roti wholemeal bakar... sedap you








Menu Item 5 (Family)

Fresh cuts of Papayas n Watermelon


Warm plain water, honeygar n dates







Menu Berbuka 24th Ramadhan


Menu Item1 (Ita n Hubby)

Mango Salad with cuts of Sweet Potato












Menu Item 2 (Family)

Fillets of Dory in Lemon Sauce

Ita ceduk isi dan kuahnya ke atas spaghetti.... sedap!








Menu Item 3 (Family)

Stir fried Bak Choy with Tofu & Beef slices











Menu Item 4 (Family)

Steamed Sweet Corn

Served without butter


Warm plain water, honeygar n dates






Tuesday, September 23, 2008

Bermulanya hari ini....


Hari ini genap seminggu sebelum Hari Raya.... disana sini bahang terasa dimana-mana...eh eh bukan bahang F1 lah.... ini bahang ketuhar (oven) Wakakakakakaka...

Semalam Ita siapkan inti nenas (made in dewek) inti siap segera tak main hah... ini fresh punya... lihat gambar tu.... rasanya hmmmmm sungguh power....


Tidak mengandungi kadar gula yang banyak...hanya 2 sudu sahaja sudah cukup manis sebab nenasnya memang sudah manis.

Pagi ini, akan berbahanglah dapur Ita.... dan macam biasa...Ita amik bau sahaja eh...maklum berpuasa....

Yang pasti, kueh tat akan terasa kesegarannya disatukan dengan inti homemade....YeeHah!!!!!!



Menu Berbuka 23rd Ramadhan


Menu Item 1 (Ita n Hubby)

Anggun Salad













Menu Item 2 (Family)

Stir Fried Kailan & Carrots with Fishcake Slices










Menu Item 3 (Family)

Baked White Pomfret with Stewed Tomatoes
Ikan Bawal Putih Dibakar dan Tomato Stew di simbah di atasnya.

Hidang panas2








Menu Item 3 (Ita n Hubby)

Silken Tofu Soup











Menu Item 4 (Family)

Fresh cuts of Papaya, Watermelon & Seedless Blackcurrants


Warm plain water, honeygar & Dates

Menu berbuka 22nd Ramadhan




Menu Item 1 (Ita n Hubby)

Anggun Salad with Strawberries











Menu Item 2 (Family)

Spaghetti in Oyster Sauce

shiitake mushroom, carrots, fishcake & brocolli.









Menu Item 3 (Family)

Fishball Soup with Brocolli & Potato, Carrots. Lots of Suun.....

Serve Hot!


Plain warm water, honeygar, dates


























Monday, September 22, 2008

Allah is testing me again...

Late last night after doing the laundry, I decided to swich ON the PC and dwell on my site....

I received 2 personal messages, one was from a friend in Scotland while the other took me by surprise....its not from whom that surprises me...rather it was the content of it.

I realised that in my quest for better health, I was unintentionally hurting someone or so it seems.

The message wrote....

I'm writing this to give you a bit of a wake up call. What do you mean by posting of your daily meals and your shopping on multiply? Don't you think that you might hurt someone like your mum? Here you are having great meals everyday, cooking for your mother in-law while mum had a simple one. Think about that. Sorry that i have to say these because i can't take it anymore.

....................message ends

I sat down for a long time..thinking....was I really hurting my mom?.... I went back to why I post up my daily meals in the 1st place...it was for my Anggun gang & Suria Mohd check on my diet during Ramadhan. The choices of food that I serve my family. I shared recipes with my other multiply friends too. I went to JB and also bought stuff for my mom. .. this is what I replied..

I am sorry that I hurt you. It was not intended. The menu statement is for Suria n Anggun members checklist. I have spoken to mum about her daily meals everyday...I call her everyday in fact she advises me on what to cook due to my diet. My mother inlaw was only with me for 3 days..now she has gone back to her home. I had many time offered mom to stay with me but she decline. There are many things that I try to do for her that you do not know, I do not want you to know in fact. Thank you for your concern. I know you mean well. I am not offended. You are my only elder brother and all of us are getting older as years goes by. I hope our relation can be better. Sincerely this is from my heart. You are my brother n I love you because of that. I hope we can all take better care of mum in future.

......................

I need reassurance.....Please tell me if I am indeed doing hurt to my mom... you can be blunt. I will not get offended.

Sunday, September 21, 2008

Menu berbuka 21st Ramadhan



Atas permintaan mak mertua....Roti Kirai dihidangkan untuk famili......

Ita ambil.....Power Drink Anggun

dan Anggun Salad serta sekeping Roti Kirai cecah kuah sahaja. Dah pun kenyang....

Tak lupa honeygar dan kurma lah....oleh kerana terlalu penat, setelah solat Isyak, terus Ita tertidur....






























Sepuluh Jari Ku Susun


Salam Slim Multiply members...

Tahun ini sungguh bertuah dapat berkenalan dengan kamu semua. Terasa seakan terpanggil, teruja dan gembira mengenali kamu hari demi hari. Dalam pergaulan sesama kita, pasti ada gurauan yang terlaser, terlepas kata dan ter ter ter dan semua yang sewaktu dengannya. Ita meminta maaf, sepuluh jari ku susun memohon keampunan ikhlas dari hati. Semoga di Aidilfitri ini, yang dekat dapat berjumpa dan tak lupa pada yang jauh, ku kirim di angin lalu bau haruman lauk pauk raya....wakakakakakaka aiks takkan tak boleh gurau kan...

Shidah, Mak Minah, Mid, Eny, Dewi.... demi masa.... persahabatan kita takkan dapat berubah sejak dari bangku persekolahan lagi... I treasure you guys. Be happy in our daily lives, live to your utmost babes....

Slimmers.... geng geng Anggun sekalian. Bersama kita harungi Ramadhan dengan rasa cekal dan penuh disiplin dihati. Kini Syawal menghampiri, perisai sudah teguh dan terpacak demi menolak segala peluru berpandu yang bakal menuju. Insyallah kita akan berjaya.

Suria.... what can I say.. I love you mommy. Our Anggun Mommy (bukan Mummy tau...wakakakaka) Kata nasihat dan peransang akan dipegang terus dan insyallah kita akan bertemu pada 18th October nanti.

Pada kaum keluarga, Mak, Abang Aril, Lina, Shahid, all my aunts & uncles, cousins, niece & nephews..... Insyallah kita akan beraya bersama, berjumpa dan bersalaman....

P.S. Minta tolong pada keluarga.... bila Ita datang beraya.... hidang air putih sudah....tak boleh telan tekak ni air bergas lagi.... system dah kena overhaul... harap maklum...Wakakakakakakakakaa.. Ita serious ni...

Selamat mencari Lailatul Qadar....ibadah jangan dilupa....sempurnakanlah ia.

Selamat dalam membuat persiapan Aidilfitri, keselamatan diutamakan.

Selamat Hari Raya Aidilfitri pada semua.

Saturday, September 20, 2008

Menu Berbuka 20th Ramadhan



Menu Item 1

(Ita, Hubby & Mom In Law)

Mango Salad










Menu Item 2 (Kids)

Nasi Ayam/ Spicy Sauce
Sayur Chap Choy
Chicken Soup
Baked Chicken in Herbs & Crackers









Menu Item 3 (Mom in Law)

Laksa@Banquet Greenridge

She ate this for buka & Nasi Ayam for sahur.









Menu Item 4 (Hubby)

Wholemeal Spaghetti with Bolognaise Sauce

Ita just ate the salad & unsweetened soya milk, after maghrib prayers...continued with a pc of chicken..felt full. After terawih, went to Geylang...came back ate a pc of wholemeal bread with bolognaise sauce and yogurt drink.

Warm plain water & dates

Menu berbuka 19th Ramadhan


Menu Item 1

(Ita, Hubby & Mom In Law)

Manggo Salad











Menu Item 2 (Kids n Mom In Law)

Ikan Cencaru Bakar (Grill)
served with lime/spicy soy sauce











Menu Item 3 (Family)

Crunchy Bean Sprouts with
Carrots & Baby Corn











Menu Item 4 (Ita n Hubby)

Baked Fish Fillets












Menu Item 5 (Family)

Silken Tofu Soup


Plain warm water, honeygar & dates

Thursday, September 18, 2008

Menu Berbuka 18th Ramadhan


My Mom-In-Law is here today, n will be sleeping over for a couple of days.... dia terperanjat melihat Anggun Salad yang dihidangkan...dia cakap sedap.... Ita senyum je..


Menu Item 2 (Ita n Mom-In-Law)

Kacang Phool

Tiada Ghee

Menu Item 3 (Family)

Baked Unga in Herbs & Spices

45 mins before azan Ita popm this in the oven for 35 mins...Serve hot..


Menu Item 4 (Family)

Steamed Broccoli & Baby Corn with Tofu Cuts


Menu Item 5 (Kids)

Prata Cheese Crepes


Plain Warm water, Honeygar & Dates

Menu Berbuka 17th Ramadhan



Menu Item 1 (Ita n Hubby)

Mango Salad with Sweet Potato Cuts












Menu Item 2 (Family)

Dhall Lemak Telur

No Coconut Milk









Menu Item 3 (Family)

Crunchy French Beans with Tofu & Carrots












Menut Item 4 (Ita n Hubby)

Boiled Macaroni

Ita scoop up the dhall n the egg on top of the macaroni, the french beans is placed on top too...Yum Yum....









Menu Item 5 (Family)

Fresh cuts of Red n Green Apples with some Papayas too



Warm plain water, Honeygar & Dates

Tuesday, September 16, 2008

10 Malam Terakhir Ramadhan


Malam ini adalah 10 malam terakhir kita di dalam bulan Ramadhan. Sungguh cepat masa berlalu.

Soalan yang berada diminda adalah...apakah 20 malam yang sudah digunakan dengan cara sepatutnya. Sesungguhnya malam yang 10 akhir inilah yang paling penuh cobaannya. Manusia sibuk disana sini dengan terawih, witir, shopping dan shopping lagi.

Insyallah Ita akan buat perubahan tahun ini...kena atur waktu dengan cekap...siang hari boleh shopping...tahan panas je atau buat spring cleaning. Malam harus lebih berdamping dengan Allah. Hubby pun tak boleh lupa. Kang merajuk dia..Wakakakaka

Semua nak dilayan...sama adil.

Kepada semua members multiply, selamat merebut malam Lailatul Qadar....Insyallah usahakanlah...

Happy Birthday Hamidah yang ke Dot Dot Dot!

Hari ini adalah birthday kawan sekolah Ita yang bernama Hamidah Buang. Dia menetap nun jauh di negeri orang. Berhijrah kerana pekerjaannya sebagai seorang jururawat khas.

Happy Birthday my sweet & lovely Mid. Semoga diberkati dengan usia yang panjang dan rezeki yang berlimpah ruah. I miss you girl.

Wah best kan kita sesama Virgoans, you, Shidah and me....

Yang tak sewaktu dengannya...relax one corner eh...Wakakakakaka



Anggun Slim 14 Core Session - 18th October 2008

Selepas Hari Raya, masa untuk overhaul minda lagi sekali...members semua pasti ghairah untuk bertemu. Insyallah...akan cuba luangkan masa untuk turun ke Citiraya.

Ahli-ahli baru Anggun pun akan bersama. Jadi masa ini amat sesuai untuk mengenali satu sama lain sambil memberi motivasi dan semangat Slim kepada mereka. Pasti ada topik2 baru yang akan diketengahkan oleh Puan Suria.


Yang paling ghairah adalah masa nak buat timbangan....alahai Cik Timbang Omron tu pasti takut....bukan takut apa...takut berat badan meningkat setelah makan rendang, ketupat, lontong dan mereka2 yang sewaktu dengannya. Wakakakakkakaka.

Ita yakin semua members pasti jaga pemakanan agar apa yang kita telah usahakan semasa Ramadhan dapat di kekalkan.

Semangat Slim Terus Membara..

YeeHah!




Menu Berbuka 16th Ramadhan



Menu Item 1 (Ita n Hubby)

Anggun Salad with slices of Mango

Hmmmm...Yummy!!









Menu Item 2 (Family)

Fillets O Fish in Spicy Teriyaki Sauce












Menu Item 3 (Family)

Steamed Broccoli












Menu Item 4 (Family)

Fresh Bananas




Plain Warm Water, Honeygar & Dates