Monday, February 16, 2009

Dugaan bertambah

Memang penantian itu suatu penyiksaan...namun sebagai insan biasa, kita harus akur dengan segala ujian diberi. Hanya Allah sahaja yang mengetahui gejolak perasaan ini memandang ibu yang tercinta, sering lemah dan sakit.

Ternyata keputusan segala ujian telah diberitahu kepada kita 4 beradik. Ibu akan menjalani heart bypass surgery tidak lama lagi. Dari Tan Tock Seng, beliau di hantarkan ke NUH Ward 20 semalam.

Ita pernah melihat arwah Abah menjalani operasi sedemikian. Bukan sesuatu yang ringan dilihat apa lagi dialami. Ita gementar...mungkin lebih dari ibu Ita. Dia nampak Cool aje. Dia pula yang pujuk Ita jangan nangis dan risau. Allah sahaja yang tahu apa dalam benak hati ini.

Memang ibu Ita ini kuat semangatnya. Ita kagum dengan dirinya. Itulah Ibu Ita....tiada dua nya.


No comments: