Saturday, September 6, 2008
Raya Kali Ini.....
Ita sempat menjaganya beberapa tahun dahulu. Dia tinggal dirumah Ita setelah bertahun tidak bersama. Kali pertama kita keluar ke tepi pantai bersama anak-anak Ita dan Razak ke Changi. Mandi laut, picnic dengan khemah. Aishah baru 3 tahun....sulaiman 10 dan Aina 11..kalau tak silap. Ita pandang Abah mandi laut bersama Sulaiman, dibuai ombak di tepian. Riang rasa hati.
Sempat pada tahun Abah duduk disini, raya menjelang....wah sibuk dia suruh Ita masak itu dan ini. Memang Abah Ita pandai masak juga orangnya. Seringkali dia tegur Ita potong bawang kurang halus, lauk kurang masin, kurang berminyak...... itulah yang Ita paling terkenangkan waktu waktu begini.
Bila Ita dah selesai buat kerja rumah, Ita akan ke biliknya dan duduk berbual berjam2. Ada saja itu dan ini yang kita gelak kan....Ita rindu masa-masa begitu.
Bila dia bertukar fikiran ingin pulang ke kampung isterinya di Jawa Tengah, Ita tak dapat menahannya. Dia semakin uzur dan sudah tidak dapat berjalan. Dia ingin berusaha berubat disana. Memang Abah keras kepala orangnya. Jadualnya dia seharusnya pulang ke Singapura pada akhir bulan Jun 2008. Namun Allah lebih menyayanginya.
Tahun ini juga emak Ita semakin uzur. Sudah beberapa minggu dia tak sign-In into Multiply kerana tangannya terasa sakit sekali bila bergerak. Emak memang tidak berapa sihat. Tahun ini Ita sudah memberitahunya....apa yang Ita masak, kuih dan lauk pauk...akan Ita masak double....kasi emak petang raya nanti..Insyallah. Jadi dia tak payah nak masak-masak.
Sabtu lalu Ita sekerluarga menjenguk emak. Ternyata emak masih uzur dan Ita nampak dia gagahkan dirinya (walau sakit) duduk bersama kami. Ita pandang raut wajahnya....berbual mesra dengan Aishah..itu dan ini. Ita pernah suarakan niat ingin membawanya ke rumah dan menjaganya. Namun dia enggan kerana dia rasa dia masih kuat dan masih ingin menetap dirumahnya sendiri. Ita terpaksa akur dengan keputusannya. lagipun dia masih ingin menjaga makan minum Shahid.
Raya tahun ini memberi....erti kesyahduan.....erti kehilangan.....erti keinsafan....erti kasih dan sayang.....erti nilai hati...erti kesyukuran......erti pertalian antara keluarga dan juga kawan-kawan. Hargailah apa yang tersaji di dalam kehidupan kita, make the most positive outcome of it. Hidup kita tidak panjang...tup tup...masa kita menemui illahi sampai. Semoga kita kembali kepada Allah dalam keadaan fitrah.
Amin Ya Rabbal Alamin.
Friday, September 5, 2008
Menu Berbuka 5th Ramadhan
Menu Item 1 (Ita n Hubby)
Anggun Salad
Ini satu kemestian..pasal sedap gila...lagi-lagi bila ditaburkan crushed almonds....
Menu Item 2 (Family)
Fresh cuts of Papaya & Watermelon
Juicy...hingga meleleh di pipi
(melody macam lagu KFC..) Wakakakaka
Menu Item 3 (Family)
Crunchy Cabbage with Tofu
& Ikan Bilis
Menu Item 4 (Kids)
Ayam Korma Badam (Pekat)
Tiada santan.
Susu segar 1 cawan.
Ita lebihkan rempah dan badam untuk memekatkan kuah. Ita tumis dengan hanya 2 tbsp minyak soyabean.
Kids eat this with rice.
Menu Item 5 (Ita n Hubby)
Tempe Rebus
Ita makan ini dengan kuah Ayam Korma.
Honeygar, Air Putih dan Kurma
Thursday, September 4, 2008
Another Virgo Lady is Celebrating
Wednesday, September 3, 2008
Menu Berbuka 3rd Ramadhan
Syukur kehadrat illahi, sudah 3 hari berpuasa.....Alhamdulillah semua anak-anak tekun berpuasa. Inilah hidangan yang Ita sajikan....
Menu Item 1 (Kids)
Fried Rice Paradise
(ikan bilis, green chilly, buton mushroom, carrots, egg, baby kailan & lots of love...heheheehe)
Menu Item 2 (Kids)
Chicken Pies
(Chicken meat, green peas, shiitake mushroom, green capsicum, cornflour to thicken the mixture)
Menu Item 3 (family)
Steamed Sweet Corns
Fuyohhh! Punyalah manis jagung ni...Ita kukus cukup2 time sebelum azan....serve panas2.....No butter ok....
kalau dulu siap letak butter....now dah tersedar dari ajaran sesat...Wakakakaka
Menu Item 4 (Ita n Hubby)
Fishball Soup with Brown Rice Spaghetti
Ita letak tahu segar, carrots, button mushroom, baby kailan, fishball 2 dalam satu serving. Dihidang panas2...tabur pepper.....Hmmmmm.....jangan pandang belakang beb! Wakakakakaka sedap.
Kurma, Honeygar dan air putih tidak dilupakan.
Brown Rice Spaghetti - setelah direndam dalam air panas selama 15 min...toskan...sebelum dihidang dengan sup kegemaran...rebus sekejap dalam periuk.....tapis...dan tuang sup kedalam mangkuk hidangan. Ita lebihkan sayuran...tidak tabur bawang goreng (kalau dulu..bawang goreng inilah favourite Ita)
Monday, September 1, 2008
Berbuka dengan kesihatan di Minda dan di Perut
Syukur kepada Allah...kita dapat berpuasa dengan tenang pada hari pertama Ramadhan...semoga ketenangan ini berlarutan handaknya.
Pada Ita dan Geng2 slimmers Anggun yg lain...tahun ini adalah kali pertama bersahur dan berbuka cara sihat dan yang sepatutnya.
Kebiasaannya...kita bersahur nasi berlauk pauk....berbuka pun Fuyohhhh! macam-macam diatas meja tu.....bila tiba masa berbuka...kita rembat habis-habisan.....macam pergi berperang...Wakakakakakaka (bukan apa...teringat masa Jahiliah sedikit masa dahulu)
Kini, dengan berbekalkan ilmu sihat (bukan ilmu sesat)...Wakakakakakaka....kita bersahur dengan Power Drink (resepi Anggun) 2 keping roti wholemeal dengan almond spread. Tidak lupa juga flaxseed oil dan Honeygar. Sudah cukup sungguh kenyang.com Wakakakakakaka.
Itu baru bab sahur...ini menu berbuka pula.....Ita faham...waktu kamu membaca ni kan masih berpuasa...jadi meleleh lah air liur tu....standby tisu dulu....takut pulak menitis kat keyboard tu....Wakakakakakaka.
1st item dalam menu.....Salad Anggun with Apple Cider Salad Dressing....fuyohhh! Gua tak boleh angkat beb.....Ita taburkan sedikit serbuk badam di atasnya...macam makan rojak beb....Gua caya lu! Wakkakakakkaa.
2nd Item dalam menu......
Baked Sweet Potato Puff with Shiitake Mushrooms....haruman puff bakar ini menyusup ke liang-liang hidungku...Masyallah!! Itu baru bau beb...rasanya.....Phewitt.....kalaulah mak mertuaku jalan dihadapan...memang Ita tak perasan....Wakakakakakakaka
3rd Item dalam menu (for the kids)
Spaghetti Bolognaise.
Resepi ini menggunakan daging kisar tanpa lemak (kisarlah sendiri) Sos nya resepi Italy (belajar dari chef Italy di TV)
Bawang putihnya dimasukkan sebiji sebiji tanpa dihiris. Tomata segar, cendawan butang dan lain-lain yg sewaktu dengannya...Wakakakakaka.
Tidak lupa kawan kita yg sejati...Cik Kurma Bin Dates.....dan Honeygar yg menyegarkan.
Sunday, August 31, 2008
Its My Party........
Alhamdulillah.....sudah 39 umurku di dunia.....tahun ini lebih bermakna bagiku kerana seluruh umat Islam merayakannya bersama. Syukur kepadamu ya Allah atas limpah kurniamu.
My kids gave me these......all are very special to me because they symbolises what I like n what I treasure.
My cutie pie Siti Aishah surprise me with her own handmade card....
She drew me a flower..she knows I like yellowish flowers....
She wrote this in the card.....I was so happy as she gave me this after sahur....so thoughtful...!
Dari rupa.....seakan kek Swiss Roll...
Ita belek-belek....rupanya tuala muka warna coklat....dari Siti Nurul Nuraina...katanya...Ibu boleh gunakan bila berpeluh lepas senaman...Aww..terharu mendengarnya.
This is from Sulaiman....he knows I have a collection of nail clippers...a good addition to mine...
Hello Kitty Nail Clipper....YeeHah!
Later tonight waktu berbuka....Ita masak Spaghetti Bolognaise for the kids, Anggun Salad, Anggun Power Drink & Baked Sweet Potato Puff.
Tidak lupa Honeygar.........
Sunday, June 29, 2008
Sebuah Pengorbanan
Hari ini...bermulalah sebuah cerita. Cerita suka dilingkari sebuah duka. Hati berkata-kata, apakah kau bersedia? Kasih sejati hanya pada Allah...kasih dihati ku biarkan ia pergi.
Dibawah ini adalah tukilan perasaan yang terpendam. Demi menyaksikan sebuah kebahagian untuk dua insan yang sangat ku sayang. Apa daya hati ini yang sering impikan sebuah cinta yang murni tetapi tersekat oleh keadaan dan ketentuan Allah.
Seringkali aku terlihatkan dirinya..impian nan indah bersulam bahagia. Tetapi kini ku harungi... hari demi hari...bersama wajah tak mungkin akan kembali...tapi hati....masih tak terima... ditinggalkan sengsara.
Keraguan ini bukanlah pada dirinya,,,namun perasaan hati masih rindu, Kekalutan ini hanyalah untukku...masih tercari-cari bayangannya
Sinaran mata cerita segalanya, duka lara terpendam...memori semalam. Tinggallah segala cinta dan tiada kembalinya. Abadi kasih kita kau bawa bersama, mimpi indah mekar dan saat cinta bersemi...sedetik asmara syurga selamanya yang ku rasa.
Pergilah rinduku...hilangkanlah dirimu...tak sanggup menanggung derita dikalbuku. Pergilah sayangku....bermula semula.. semangat cintaku membara...kerana dia...tiada niatku.
Pergilah sayangku...mulakanlah semula....kerana dia...tiada niatku.
Izinkan ku pergi.....