Buat pertama kali dalam hidupku, ku sambut Ramadhan dengan rasa kehilangan kerana Abahku telah pergi meninggalkan kami pada 7hb Jun 2008. Dia meninggal di hospital Semarang, Indonesia.
Ita sempat menjaganya beberapa tahun dahulu. Dia tinggal dirumah Ita setelah bertahun tidak bersama. Kali pertama kita keluar ke tepi pantai bersama anak-anak Ita dan Razak ke Changi. Mandi laut, picnic dengan khemah. Aishah baru 3 tahun....sulaiman 10 dan Aina 11..kalau tak silap. Ita pandang Abah mandi laut bersama Sulaiman, dibuai ombak di tepian. Riang rasa hati.
Sempat pada tahun Abah duduk disini, raya menjelang....wah sibuk dia suruh Ita masak itu dan ini. Memang Abah Ita pandai masak juga orangnya. Seringkali dia tegur Ita potong bawang kurang halus, lauk kurang masin, kurang berminyak...... itulah yang Ita paling terkenangkan waktu waktu begini.
Bila Ita dah selesai buat kerja rumah, Ita akan ke biliknya dan duduk berbual berjam2. Ada saja itu dan ini yang kita gelak kan....Ita rindu masa-masa begitu.
Bila dia bertukar fikiran ingin pulang ke kampung isterinya di Jawa Tengah, Ita tak dapat menahannya. Dia semakin uzur dan sudah tidak dapat berjalan. Dia ingin berusaha berubat disana. Memang Abah keras kepala orangnya. Jadualnya dia seharusnya pulang ke Singapura pada akhir bulan Jun 2008. Namun Allah lebih menyayanginya.
Tahun ini juga emak Ita semakin uzur. Sudah beberapa minggu dia tak sign-In into Multiply kerana tangannya terasa sakit sekali bila bergerak. Emak memang tidak berapa sihat. Tahun ini Ita sudah memberitahunya....apa yang Ita masak, kuih dan lauk pauk...akan Ita masak double....kasi emak petang raya nanti..Insyallah. Jadi dia tak payah nak masak-masak.
Sabtu lalu Ita sekerluarga menjenguk emak. Ternyata emak masih uzur dan Ita nampak dia gagahkan dirinya (walau sakit) duduk bersama kami. Ita pandang raut wajahnya....berbual mesra dengan Aishah..itu dan ini. Ita pernah suarakan niat ingin membawanya ke rumah dan menjaganya. Namun dia enggan kerana dia rasa dia masih kuat dan masih ingin menetap dirumahnya sendiri. Ita terpaksa akur dengan keputusannya. lagipun dia masih ingin menjaga makan minum Shahid.
Raya tahun ini memberi....erti kesyahduan.....erti kehilangan.....erti keinsafan....erti kasih dan sayang.....erti nilai hati...erti kesyukuran......erti pertalian antara keluarga dan juga kawan-kawan. Hargailah apa yang tersaji di dalam kehidupan kita, make the most positive outcome of it. Hidup kita tidak panjang...tup tup...masa kita menemui illahi sampai. Semoga kita kembali kepada Allah dalam keadaan fitrah.
Amin Ya Rabbal Alamin.
Saturday, September 6, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment