Wednesday, September 10, 2008

Menu Berbuka 10th Ramadhan


Menu Item 1 (Ita n Hubby)

Anggun Salad

A must on my table... what can I say..we love it!










Menu Item 2 (Kids)

Nasi Lontong n Boiled Eggs












Kuah Lodeh Makeover

No Santan..oh No No No
Ita gunakan susu sejat rendah lemak.
Dilebihkan bawang, tahu/ tempe tidak digoreng, terus dimasukkan dalam kuah. Lebih sihat.

Daun salam, lengkuas, serai, kunyit, sedikit halia dan udang kering, bawang putih/merah/lada Ditumis ringan dengan olive oil. Kobis, carrots, kacang panjang & suun.



Menu Item 3 (Family)

Kuah Lodeh

Inilah hasilnya....

Ita cedok tahu/tempe dan sayuran ke mangkuk dan makan begitu sahaja. Telur rebus 2, hanya putihnya sahaja.






Menu Item 4 (Kids)

Baked Potato & Carrot Puff

Ita masukkan dalam oven 30 min sebelum azan. Serve panas-panas.










Menu Item 5 (Family)

Fresh cuts of Watermelon

Juicy & refreshing!




Warm plain water, honeygar & dates as usual....

Tuesday, September 9, 2008

Setelah 9 hari berpuasa.....

Alhamdulillah.....hari ini hari ke-10 kita berpuasa. Bagi Ita ia sebuah perjalanan....perjalanan yang tiada destinasi. Yang penting adalah Sekarang..NOW....bukan nanti...bukan Hari Raya..bukan hujung tahun...dan bukan juga tahun-tahun mendatang. Sudah sekian lama Ita ketepikan kesihatan orang yang paling penting dalam hidup ini....DIRI SENDIRI. Sebagai ibu dan isteri, memang lazim kita dahulukan anak2 dan suami. Kita jaga mereka dan belakangkan diri sendiri.

Akhirnya Ita kecundang dalam tabiat pemakanan yang tidak sihat. Bila stress Ita makan, happy lagi Ita makan, ada masalah semua Ita bedal. Makanan jadi comfort food. Badan semakin gebu saban bulan hingga tahun ke tahun. Tiada tanda noktah.

Rasa rendah diri menusuk ke dalam hati bila semakin gemuk. Orang kiri kanan mengata itu dan ini. Baju sudah tidak berbentuk lagi. Dari saiz L terus menuju ke awangan XXXXL. Macam didalam mimpi...macam mana boleh jadi begini....What happen to me? Bermacam soalan bermain diminda, berkecamuk, bingung, resah, malu, sedih...terlalu sedih. Hinggalah suatu hari, Ita berhadapan dengan situasi dimana Ita berada di SJI. Seorang rakan Sulaiman berkata sesama mereka....."She is so damn bloody fat....u sure that is Sulaiman's mom?" Ita tersentak.....looking back....Ita berterimakasih pada rakan Sulaiman itu. Dia seakan mengejutkan Ita dari tidur yg lena. Ita harus membuat sesuatu demi kesihatan diri dan keluarga.

Memendekkan cerita....Ita memasuki Anggun International dengan hati yang redha dan tawakal akan segala yang diajarkan oleh Suria Mohd. Pada sesi ceramah percuma, Ita rakamkan apa yang Puan Suria katakan diseminar itu. Ita muatkan rakaman itu di mp3 dan saban hari mendengar suara Puan Suria kemana sahaja Ita pergi.

Sekarang Puan Suria adalah seorang teman baik didalam hidup Ita. Dialah orang yang membakar semanagat kami di Anggun. Member2 Anggun pasti setuju bila Ita katakan....dia adalah seorang insan yang tiada kenal erti penat.

Sekarang Ita didalam latihan untuk menjadi seorang Konsultan Anggun. Jauh lagi perjalanan ini...Insyallah dengan bimbingan dan motivasi rakan-rakan, akan tercapai jua hasrat dihati.

Setelah 9 hari berpuasa, mengikuti cara sihat bersahur/ berbuka dan berjalan pantas (PowerWalk selama 20 min sahaja dalam bulan Ramadhan dan melakukan toning exercises....Alhamdulillah timbangan sudah menurun lagi 3 kilo. Sungguh gembira didalam hati. Segala usaha membuahkan hasil.

Kepada sekelian rakan Anggun, syabas Ita ucapkan dalam kejayaan kamu masing-masing. bersama kita meneruskan perjuangan sihat ini. Hidup Anggun di hati kami.

Assalamualaikum...

Sunday, September 7, 2008

Menu berbuka 7th Ramadhan

Alhamdulillah....sudah 7 hari kita berpuasa...


Menu Item 1 (Kids)

Mee Anggun Bandung Sihat

Kuahnya seperti Mee Bandung cuma Ita renovate sikit....kurang berminyak dan lebihkan bawang hiris....mee kuning digantikan dengan spaghetti. Sawi, tauge, button mushroom, carrots, udang, sotong dan isi ayam....






Menu Item 2 (Ita n Hubby)

Baked Fish with Anggun Salad

Seasoned (salt n pepper) Dory fish fillets coated with pounded wholemeal crackers then baked to perfection at 200 deg for 30 mins till crisy n golden brown.

Serve hot!!





Menu Item 3 (Family)

Cuts of fresh Apples n Papayas


Kurma
Honeygar Drink
Warm plain water








Saturday, September 6, 2008

Menu berbuka 6th Ramadhan




Menu Item 1 (Ita n Hubby)

Anggun Salad














Menu Item 2 (Aina & Aishah)

Sotong Masak Hitam Pekat Pedas

My 2 princesses have asking for this dish since the 1st day....Sulaiman tak makan sotong (cumi-cumi in Indonesian) Just for Aina n Aishah,








Menu Item 3

Spinach Soup (Family)

Carrots, Suun, Spinach (Bayam)

Very the Segarrrrrrr...soup is very tasty!






Menu Item 4

Baked Kurau in Banana Leaves
(Ita, Sulaiman n Hubby)

2 medium sized Kurau Fish marinated with salt, a bit of curry powder, coriander, ginger, garlic, tumeric.

Ita lumurkan semua bahan di ikan dan dibungkus dalam daun pisang. Simpan dalam fridge (chiller) sehingga tepat 45 min sebelum azan (15 minit pertama dibiarkan di atas meja, lalu dimasukkan ke dalam oven, 200deg selama 30 min)
Hidangkan panas-panas...Fuyohhhh!! Manis ikannya terasa, lemak dan lembut....

Of course tidak lupa Honeygar, Air Putih dan Kurma bin Kurma lah...Wakakakakaka

Raya Kali Ini.....

Buat pertama kali dalam hidupku, ku sambut Ramadhan dengan rasa kehilangan kerana Abahku telah pergi meninggalkan kami pada 7hb Jun 2008. Dia meninggal di hospital Semarang, Indonesia.

Ita sempat menjaganya beberapa tahun dahulu. Dia tinggal dirumah Ita setelah bertahun tidak bersama. Kali pertama kita keluar ke tepi pantai bersama anak-anak Ita dan Razak ke Changi. Mandi laut, picnic dengan khemah. Aishah baru 3 tahun....sulaiman 10 dan Aina 11..kalau tak silap. Ita pandang Abah mandi laut bersama Sulaiman, dibuai ombak di tepian. Riang rasa hati.

Sempat pada tahun Abah duduk disini, raya menjelang....wah sibuk dia suruh Ita masak itu dan ini. Memang Abah Ita pandai masak juga orangnya. Seringkali dia tegur Ita potong bawang kurang halus, lauk kurang masin, kurang berminyak...... itulah yang Ita paling terkenangkan waktu waktu begini.

Bila Ita dah selesai buat kerja rumah, Ita akan ke biliknya dan duduk berbual berjam2. Ada saja itu dan ini yang kita gelak kan....Ita rindu masa-masa begitu.

Bila dia bertukar fikiran ingin pulang ke kampung isterinya di Jawa Tengah, Ita tak dapat menahannya. Dia semakin uzur dan sudah tidak dapat berjalan. Dia ingin berusaha berubat disana. Memang Abah keras kepala orangnya. Jadualnya dia seharusnya pulang ke Singapura pada akhir bulan Jun 2008. Namun Allah lebih menyayanginya.

Tahun ini juga emak Ita semakin uzur. Sudah beberapa minggu dia tak sign-In into Multiply kerana tangannya terasa sakit sekali bila bergerak. Emak memang tidak berapa sihat. Tahun ini Ita sudah memberitahunya....apa yang Ita masak, kuih dan lauk pauk...akan Ita masak double....kasi emak petang raya nanti..Insyallah. Jadi dia tak payah nak masak-masak.

Sabtu lalu Ita sekerluarga menjenguk emak. Ternyata emak masih uzur dan Ita nampak dia gagahkan dirinya (walau sakit) duduk bersama kami. Ita pandang raut wajahnya....berbual mesra dengan Aishah..itu dan ini. Ita pernah suarakan niat ingin membawanya ke rumah dan menjaganya. Namun dia enggan kerana dia rasa dia masih kuat dan masih ingin menetap dirumahnya sendiri. Ita terpaksa akur dengan keputusannya. lagipun dia masih ingin menjaga makan minum Shahid.

Raya tahun ini memberi....erti kesyahduan.....erti kehilangan.....erti keinsafan....erti kasih dan sayang.....erti nilai hati...erti kesyukuran......erti pertalian antara keluarga dan juga kawan-kawan. Hargailah apa yang tersaji di dalam kehidupan kita, make the most positive outcome of it. Hidup kita tidak panjang...tup tup...masa kita menemui illahi sampai. Semoga kita kembali kepada Allah dalam keadaan fitrah.

Amin Ya Rabbal Alamin.

Friday, September 5, 2008

Menu Berbuka 5th Ramadhan



Menu Item 1
(Ita n Hubby)

Anggun Salad

Ini satu kemestian..pasal sedap gila...lagi-lagi bila ditaburkan crushed almonds....








Menu Item 2 (Family)

Fresh cuts of Papaya & Watermelon

Juicy...hingga meleleh di pipi
(melody macam lagu KFC..) Wakakakaka








Menu Item 3 (Family)

Crunchy Cabbage with Tofu
& Ikan Bilis













Menu Item 4 (Kids)

Ayam Korma Badam (Pekat)
Tiada santan.
Susu segar 1 cawan.
Ita lebihkan rempah dan badam untuk memekatkan kuah. Ita tumis dengan hanya 2 tbsp minyak soyabean.

Kids eat this with rice.









Menu Item 5 (Ita n Hubby)

Tempe Rebus

Ita makan ini dengan kuah Ayam Korma.

Honeygar, Air Putih dan Kurma

Thursday, September 4, 2008

Another Virgo Lady is Celebrating


Happy Birthday

***Shidah***




Harijadi di sambut bersama
Hari bermulanya hidup kita
Demi usia yang meningkat tua
Semoga diberkati segala usaha


Luv you my dear friend,
from Rosita