Alhamdulillah.....hari ini hari ke-10 kita berpuasa. Bagi Ita ia sebuah perjalanan....perjalanan yang tiada destinasi. Yang penting adalah Sekarang..NOW....bukan nanti...bukan Hari Raya..bukan hujung tahun...dan bukan juga tahun-tahun mendatang. Sudah sekian lama Ita ketepikan kesihatan orang yang paling penting dalam hidup ini....DIRI SENDIRI. Sebagai ibu dan isteri, memang lazim kita dahulukan anak2 dan suami. Kita jaga mereka dan belakangkan diri sendiri.
Akhirnya Ita kecundang dalam tabiat pemakanan yang tidak sihat. Bila stress Ita makan, happy lagi Ita makan, ada masalah semua Ita bedal. Makanan jadi comfort food. Badan semakin gebu saban bulan hingga tahun ke tahun. Tiada tanda noktah.
Rasa rendah diri menusuk ke dalam hati bila semakin gemuk. Orang kiri kanan mengata itu dan ini. Baju sudah tidak berbentuk lagi. Dari saiz L terus menuju ke awangan XXXXL. Macam didalam mimpi...macam mana boleh jadi begini....What happen to me? Bermacam soalan bermain diminda, berkecamuk, bingung, resah, malu, sedih...terlalu sedih. Hinggalah suatu hari, Ita berhadapan dengan situasi dimana Ita berada di SJI. Seorang rakan Sulaiman berkata sesama mereka....."She is so damn bloody fat....u sure that is Sulaiman's mom?" Ita tersentak.....looking back....Ita berterimakasih pada rakan Sulaiman itu. Dia seakan mengejutkan Ita dari tidur yg lena. Ita harus membuat sesuatu demi kesihatan diri dan keluarga.
Memendekkan cerita....Ita memasuki Anggun International dengan hati yang redha dan tawakal akan segala yang diajarkan oleh Suria Mohd. Pada sesi ceramah percuma, Ita rakamkan apa yang Puan Suria katakan diseminar itu. Ita muatkan rakaman itu di mp3 dan saban hari mendengar suara Puan Suria kemana sahaja Ita pergi.
Sekarang Puan Suria adalah seorang teman baik didalam hidup Ita. Dialah orang yang membakar semanagat kami di Anggun. Member2 Anggun pasti setuju bila Ita katakan....dia adalah seorang insan yang tiada kenal erti penat.
Sekarang Ita didalam latihan untuk menjadi seorang Konsultan Anggun. Jauh lagi perjalanan ini...Insyallah dengan bimbingan dan motivasi rakan-rakan, akan tercapai jua hasrat dihati.
Setelah 9 hari berpuasa, mengikuti cara sihat bersahur/ berbuka dan berjalan pantas (PowerWalk selama 20 min sahaja dalam bulan Ramadhan dan melakukan toning exercises....Alhamdulillah timbangan sudah menurun lagi 3 kilo. Sungguh gembira didalam hati. Segala usaha membuahkan hasil.
Kepada sekelian rakan Anggun, syabas Ita ucapkan dalam kejayaan kamu masing-masing. bersama kita meneruskan perjuangan sihat ini. Hidup Anggun di hati kami.
Assalamualaikum...
Tuesday, September 9, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment