Sunday, September 28, 2008

Hukum Allah

Maaf Suria, Ita dah beberapa hari tidak update apa2.... bukan sibuk menjelang raya.. tetapi fikiran, emosi terlalu terganggu.

Mungkin sudah menjadi lumrah manusia.... yang desperate akan lupa hukum Allah...yang haram dijadikan halal dengan berbagai alasan diberi untuk menjelaskannya.

JIka ini hukum sivil kita boleh melepaskan diri didunia.... tapi ini hukum Allah...sudah jelas tertulis cukup dengan nisbah dan kiraannya.... namun manusia menjadi kabur bila wang datang bergolek. Jika itu wang kita...tidak mengapa... ini wang hak orang lain. termakankah kita? Apa yang dimakan akan menjadi darah yang mengalir didalam tubuh kita dan tidak akan ada berkatnya. Jangan pula kita lupa, balasan dari yang maha Esa....Subhanallah. Dengar sahaja dah mengerikan apalagi jika kita mengharunginya.

Akhir-akhir bulan Ramadhan ini.....buat Ita....terlalu banyak dugaannya. Ia ke tahap menyedihkan sehingga mak Ita dua hari lepas tidak mahu berhari raya dan segala persiapan kuih Ita untuknya semua ditolak. Dia tidak izinkan Ita datang kerumahnya dengan alasan dia nak menyendiri dan jika cucunya tanya... nenek ke Johor sahaja alasan yang harus Ita berikan. Kesian Mak Ita...dia tidak sanggup melihat keadaan begini.

Sebagai kakak, sudah menjadi tanggunjawab untuk memberitahu jika mereka tidak tahu kerana ini melibatkan harta orang yang sudah meninggal dunia. Hukum Faraidh adalah jelas. Sayang tidak semua setuju untuk melaksanakannya. Saranan Ita dan penjelasan tidak mahu dilayan. Ita ni memandai-mandai kata mereka. Dihina, dicela, di nista hanya kerana ingin melaksanakan Faraidh. Ita sudah beritahu, terlepaslah Ita dari diheret diakhirat nanti. Terpulanglah kepada mereka yang tidak mahu mematuhi perintah Allah. Ita tak dapat memaksa kerana wang sudah ditangan mereka. Mata menjadi kabur.

Nasihat Ita pada semua, jangan buat nomination pada wang CPF kerana ia akan menimbulkan masalah kerana bila nama kita dinominasikan sebagai penerima wang itu, ia hanyalah sebagai pengamanah sahaja dari segi agama, bukan hak mutlak kita (penjelasan dari MUIS) Kita harus satukan kembali wang itu (leceh jika ahli keluarga tak mahu buat demikian) masalah timbul kerananya.

Bila tiada nominasi.....ini penjelasan MUIS...

Wang arwah akan disalurkan ke Public Trustee dimana badan itu akan behubungan dengan Mahkamah Syariah dan MUIS....Hukum Faraidh dilaksanakan dahulu..seperti zakat harta si mati, fidyah hutang puasa si mati, hutang si mati kepada individu akan dilangsaikan dahulu....bakinya baru di bahagikan kepada waris yang berhak.

Inilah yang sepatutnya berlaku.....walau lambat tetapi berkesan demi mengelakkan mana2 pihak bercekau. Ini adallah luahan hati Ita yang remuk dan pilu. Sayang seribu kali sayang the relation will never be the same after this. My hubby accidentally saw the cruel sms Ita terima dari Shahid, lalu dia ke rumah Mak semalam demi menjernihkan keadaan dan bersemuka dengan Shahid untuk meminta penjelasan. Shahid diam terpaku tidak berani nak menjawab soalan suami Ita. Akhirnya mak Ita membenarkan Ita mengunjungi pada raya kelak setelah memahami duduk perkara. Namun Shahid dan yg lain masih ungkal. Terserahlah...semua sudah dewasa. Jawablah sendiri pada Allah nanti.

Ambil lah iktibar dari apa yang Ita alami.My conscience is clear, I have done the right thing. Subhanallah... Allahuakbar.

No comments: