Sunday, September 14, 2008

Semasa Shopping di Kotaraya JB

Pagi-pagi lagi kami 5 beranak sudah bergegas ke JB....hasrat dihati ingin berjalan-jalan shopping menyopping...wakaakakakakaka...

Cuaca memang panas...namun masih tabah mengharungi kerenah anak-anak. Sampai sahaja di JB...kami perasan KOMTAR sudah dibinasakan...dan akan dibina semula. Jadi kami ke City Square...tiada baju raya kelihatan...terus ke Kotaraya.

Ada suatu adegan yang mencuit hati Ita. Lagi Ita dan Nuraina asyik memilih baju dan warna....ada seorang salesgirl menghampiri. Setelah bertanya itu dan ini...salesgirl itu bertanya ....Adik ni nak pilih baju sama dengan kakak ya?......Nuraina tersipu....alahai...itu ibu saya bukan kakak...kata Nuraina. Saya memandang wajah salesgirl tu...tersenyum je aku..dalam hati ..phewitttt!!! Wakakakakakaka

Lagi satu ....di kedai lain. Corak baju dah ok....jurujual berkata pada Ita...you pakai saiz M I rasa boleh....tercengang Ita. Ita kurang yakin sebab dari dulu kalau beli baju..jurujual akan terus ambil saix XXXL buat Ita. Ini pulak dia sarankan saiz M? Ita tersenyum je..lalu mencubanya. Boleh muat namun Ita kurang selesa kerana kainnya agak kasar. Jadi tak jadi beli. Bayangkan Ita happy gila you. Sekarang nak kena biasakan diri pilih saiz M...agak fitting.....namun akan lebih longgar hari demi hari. Alahai baju besar dah nak kena letak tepi. Wardrobe overhaul!

Alahai....semakin bersemangat Slim membara-bara setelah mengalami 2 adegan tersebut... YeeHah!!

No comments: