Wednesday, September 10, 2008

Amanah.....sesuatu yang telah Ita laksanakan...

Dalam keheningan Ramadhan....Ita tidak lupa amanah dan janji Ita pada arwah Abah. Semenjak pemergiannya....Ita cuba sedaya upaya mencari huraian demi melaksanakan amanah ini. Bukan Ita sengaja menunggu lama-lama...hanya belum berkesempatan kerana syaratnya belum mencukupi.Ternyata terlalu sukar.....namun Ita cekalkan hati dan berdoa pada Allah. "Ku mohon Ya Allah..kau berilah aku ruang dan kesempatan untuk melaksanakan apa yang telah aku janji pada arwah Abahku".

Lama sudah Ita pegang janji ini....Alhamdulillah, syukur pada Allah, Ita dapat laksanakan ia...dan di dalam Ramadhan juga Allah memakbulkan doa Ita. Terasa syahdu dan sayu didalam hati, inilah bingkisan yang dapat Ita kirimkan buat arwah Abah Ita. Semoga beliau tenang disana.

Hari Raya ini, ramai sekali sanak saudara menziarahi pusara keluarga mereka. Namun bagi Ita, Shahid, Lina dan Shahril, kami tidak dapat berbuat demikian kerana kami tidak tahu di mana pusaranya. Semalam ibu tiri Ita hubungi melalui sms. Ternyata nombor Hp nya bertukar, sebab itu banyak sms Ita tidak dijawabnya. Ita bertanya padanya...didaerah manakah pusara Abah? Dia hanya mengatakan....dekat dengan rumah...pada bila-bila masa..dia boleh menziarahi. Menitis airmata Ita membacanya. Daerah di mana ibu tiri Ita tinggal sangat jauh, di Tegal, Jawa Tengah, Indonesia. Ita tidak pernah kesana. Insyaallah satu hari nanti, jika ada peluang, Ita ingin kesana menziarahi pusara Abah.

Ita redha dengan pemergiannya. Ini adalah ketentuan Allah.....Abah merancang untuk pulang ke Singapura...namun dia pulang kehadrat illahi terlebih dahulu pada saat-saat akhir persiapan untuk pulang. Bersamalah kita berdoa agar rohnya dirahmati Allah.

Hj.Mohd Sharif Bin Hj Ramlan

Al-fatehah....Amin

No comments: