Ramai kawan-kawan yang hadir di majlis Iftar Anggun pada 13 Ramadhan. Se awal jam 2 petang, ramai sudah datang siap dengan chopping board dan pisau untuk merewang apa-apa yang patut.
Ita sampai hanya pada jam 5 petang kerana mengambil Aishah dari madrasah dahulu. Ternyata kekecohan di Citiraya seakan membuat persiapan majlis pernikahan...meriah macam sudah beraya. Memang sungguh hebat kawan-kawan Ita ini semua. Sehati sejiwa dalam memerangi lemak-lemak (saham2) dibadan. Silaturrahim antara kami sungguh menyerlah. Alhamdulillah. Bila berjumpa.... terasa benar rindu pada kawan-kawan. Maklumlah sudah agak lama tidak berjumpa.
Lihatlah tu, tiga hero kita. Shahid, Ridhwan dan Faree. Hai nak makan pun nak angkat dumb bell?
Buat informasi kawan-kawan Ita, Faree (yg memegang dumb bell) berjaya menurunkan berat badan dari 95kg hingga 61kg dalam masa 7- 8 bulan. Memang power si Fareee ni. I salute you Bro! Well done!
Inilah sebahagian members yang hadir yg sempat bergambar bersama.
Front: Shah (kawan Suria), Ruby, Suria, Asimah, Maimunah dan Siti Aishah
Middle: Ita, Junainah, Rosita Othman, Ana, Suriya, Maimun
Back: Rosmah
(Ada yg terlupa nama...feedbacks members ok)
Staff Anggun sempat meraikan harijadi kami yang dilahirkan dalam bulan September dengan sebuah kek coklat. Satu kejutan yang manis sekali.
Mazlan, Ita, Karimah, Suriya.
Thank you...Thank you!!
Buah-buahan yang segar....
So juicy!!
Vietnamese Popiah
Hmmmm.... very interestingly scrumptious...
Sushi..... tak sempat nak jamah...cepat habis.....
Anggun Salad....
Yummy yummy!!
Egg Mayo/ Tuna Sandwiches
Fulamak...gerek beb!
Kita bersolat makmum bersama.
Maghrib, Isyak, Terawih serta Witir.
Baju yang Ita pakai ini sudah terlalu longgar..nampak hal...inilah kali terakhir dapat memakainya... timbangan dah turun lagi 3 kilo...Yahooo!
Ita yakin akan dapat menurunkan lagi...demi semangat yang berkobar-kobar dan kesihatan yang jitu...Insyallah...
Inilah Puan Suria Mohd yang membakar semangat kami di Anggun. Si manis 17...heheehehehe
No comments:
Post a Comment